Pages

Saturday, August 15, 2009

Tamatnya kuasa 2,500 perwakilan Umno

KUALA LUMPUR, Ogos 13 - Keputusan 80 peratus bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian Umno yang baru selesai mengada mesyuarat sebulat suara telah mencadangkan pindaan perlembagaan yang sekaligus menamatkan era kouta undi terhadap calon yang mahu bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno (MT).

Perhimpunan Agung Umno 2009 lalu yang masih mengamalkan sistem kouta kepada individu bertanding pelbagai jawaran MT disifatkan sebagai perhimpunan terakhir yang mengekalkan sistem ini selepas berlaku lebih daripada 10 tahun.

Keputusan ini turut menamatkan era kuasa 2,500 perwakilan yang menentukan barisan kepimpinan Umno sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang tidak menggambarkan pandangan akar umbi ahli.

Ibu Pejabat Umno Malaysia sudah mengarahkan mesyuarat Umno bahagian-bahagian perlu diselesaikan sehingga 16 Ogos ini. Mesyuarat Perhimpunan Agung Umno yang bakal membincangkan isu pindaan perlembagaan ini akan bermula pada 13 hingga 16 Oktober depan.

Difahamkan lebih daripada 150 Umno bahagian di seluruh negara sudahpun selesai mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing.

Sebelum ini, semasa berucap merasmikan meysuarat Umno bahagian Pekan, Presiden Umno Datuk Seri Najib berkata Umno akan membuat keputusan berhubung dua kaedah pemilihan jawatan tertinggi dalam pingaan perlembagaan parti itu pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula Oktober ini.

Najib yang juga Pengerusi Jawarankuasa Pindaan Perlembagaan Umno berkata, dua kaedah itu ialah proses pemilihan ditentukan oleh 60,000 perwakilan di peringkat bahagian atau menerusi `pilihan raya’ membabitkan tiga juta ahli di peringkat cawangan.

Najib menegaskan proses pemilihan jawatan tertinggi yang dilakukan kira-kira 2,500 perwakilan yang diamalkan sekarang tidak menggambarkan aspirasi tiga juta ahli parti di peringkat akar umbi.

Proses tersebut, jelasnya, boleh memberi ruang kepada calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi tidak akan terbabit dalam politik wang.

Isu mansuh kouta undi dan kuasa di tangan 2,500 perwakilan pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah di sepanjang kempen pemilihan Majlis Tertinggi Umno pada Mac lalu.

Sementara itu, beberapa bahagian Umno yang selesai mengadakan mesyuarat turut mencadangkan beberapa pindaan tambahan bagi mengemaskini perlembagaan yang berkaitan dengan pertandingan jawatan.

Antara beberapa cadangan pindaan perlembagaan ini adalah supaya pemilihan Majlis Tertinggi Umno tetap diadakan tiga tahun sekali dan bukannya lima tahun sepertimana yang dilakukan sekarang.

Ia bertujuan bagi memberi ruang kepada sesetengah kepemimpinan pelapis untuk menimba pengalaman sebagai bakal pemimpin berikutan mereka yang layak dan wibawa gagal untuk memegang jawatan disebabkan faktor usia kerana perubahan tahun pemilihan.

Selain itu, terdapat bahagian yang mencadangkan agar tiga juta ahli Umno hanya mengundi barisan jawatankuasa Umno bahagian sementara 60,000 perwakilan cawangan pula hanya dibenarkan mengundi calon yang bertanding jawatan MT.

Mereka memberi alasan kuasa yang diberi kepada 60,000 perwakilan cawangan yang menentukan calon MT akan memudahkan lagi urusan dan lebih efisyen berbanding diserahkan kepada tiga juta ahli akar umbi.

Beberapa cadangan lain termasuk urusan undi untuk calon yang bertanding MT wajar diserah dan diputuskan oleh perhubungan Umno negeri dan bukannya kepada Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Bagaimanapun cadangan dariapda beberapa Umno bahagian seperti dimansuhkan keahilan Umno melalui sistem on-line menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza. Cadangan ini dikatakan boleh menimbulkan kesukaran kepada barisan kepimpinan Umno cawangan yang tidak arif menggunakan IT.

Namun kalangan genarasi muda Umno beranggapan sistem ini tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana kepemimpinan Umno cawangan berhak untuk mengetahui latarbelakang ahli sebelum mengadakan mesyuarat.

Keputusan pindaan perlembagaan ini yang bakal dilakukan pada Oktober depan juga menyaksikan Pemilihan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2011 akan datang akan menyaksikan perubahan besar terhadap calon-calon yang bertanding.

Oleh Samsuri Roslan

No comments:

Posting Terkini