KUALA LUMPUR: Wanita yang menikam suaminya pada awal pagi semalam di Kondominium Pandan Heights kerana memungkiri janji tidak pulang lewat selepas menonton perlawanan bola sepak, ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Abdul Jalil Hassan, berkata wanita yang berusia 20-an itu ditahan bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata keadaan mangsa yang berusia 26 tahun, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan stabil.
"Beliau akan dibenarkan pulang pada bila-bila masa setelah disahkan pulih sepenuhnya oleh doktor," katanya kepada Bernama di pejabatnya hari ini.
Lelaki itu ditikam di bahagian paru-paru dalam insiden yang dipercayai berpunca daripada janjinya kepada isteri untuk pulang ke rumah dengan segera selepas menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Sabtu lalu tetapi akhirnya memungkiri janji apabila pulang ke rumah pada jam 2 pagi. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment