Pages

Sunday, July 5, 2009

Seks dalam Islam

SOALAN: Saya telah bercerai lima tahun lalu. Semasa dalam iddah, suami saya ingin merujuk tapi saya tak mahu kerana dia kaki perempuan. Kami tinggal serumah kerana dia belum ada tempat tinggal. Dalam masa itu, kami telah melakukan hubungan seks. Oleh kerana rasa bersalah pada diri sendiri, saya menghalaunya dari rumah. Dua bulan kemudian, dia berkahwin. Baru-baru ini saya terbaca satu rencana tentang cerai dan rujuk. Saya terperanjat apabila mengetahui menerusi rencana tersebut bahawa pasangan yang bersatu ketika waktu iddah telah dikira rujuk semula. Betulkah begitu?

Saya ingin tahu: Bagaimana status diri saya sekarang? Salahkah saya di sisi undang-undang, kerana saya telah mendapat surat cerai? Apa harus saya lakukan untuk menyelesaikan kes ini? Saya tidak mahu kembali padanya lagi.

JAWAPAN: Status diri anda sekarang ialah anda seorang janda atau anda dan pasangan anda bukan lagi suami isteri kerana tempoh iddah telah selesai. Oleh kerana di sisi undang-undang anda telah mendapat surat cerai, maka perceraian anda sudah dikira sah.

Oleh kerana dari sudut undang-undang negeri anda telah mendapatkan surai cerai, maka anda tidak perlu melakukan apa-apa lagi. Dalam akta pentadbiran hukum Islam Singapura, setiap perceraian dan rujuk perlu didaftarkan di Mahkamah Syariah Singapura kerana mahkamah sahaja boleh mengesahkan perceraian tersebut.

* Soalan ini dijawab oleh Unit Soal Jawab Agama Pergas.

______________________________________________________________

SOALAN: Apakah hukumnya seorang lelaki Islam melakukan hubungan seks dengan isteri orang bukan Islam?

JAWAPAN: Dalam apa juga keadaan, melakukan zina atau melakukan hubungan seks di luar pernikahan adalah haram hukumnya tidak kira sama ada dengan orang yang beragama Islam ataupun yang bukan beragama Islam.

Dalam Al-Quran, surah Al-Furqan: 68, Allah berfirman yang bermaksud: 'Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah, tidak membunuh orang-orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang dibenarkan, dan tidak berzina, dan barang siapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat.'


* Soalan ini dijawab oleh Ustaz Mohd Jakfar Haji Embek.

No comments:

Posting Terkini