LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Pihak berkuasa yang menyiasat kematian Michael Jackson menyifatkan beliau seorang 'penagih' dan sedang cuba mendapatkan bukti berhubung penggunaan propofol, sejenis bahan anestetik yang kuat, menurut waran siasatan yang dikeluarkan semalam.
Dokumen-dokumen menunjukkan penyiasat mungkin mempunyai sebab mempercayai bahawa beberapa kod Perniagaan dan Profesion California (CBP) dilanggar, termasuk terlalu banyak memberi ubat itu, satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara sehingga 180 hari.
Polis Los Angeles berkata ejen-ejen Pentadbiran Penggunaan Dadah Federal menghabiskan banyak masa pada Selasa lalu di rumah dan tempat perniagaan doktor peribadi Michael, Dr Conrad Murray, di Las Vegas, yang menjadi tumpuan satu siasatan menyebabkan kematian.
Serbuan-serbuan itu bertujuan mencari bukti bagi menyokong dakwaan tersebut, serta pelanggaran kod CBP, termasuk 'memberi preskripsi (ubat) kepada seorang penagih' dan 'kelakuan tidak profesional'.
Kod itu merangkumi semua karyawan yang diberi tanggungjawab menyediakan preskripsi, termasuk doktor, dan pelanggarannya boleh mengakibatkan lesen mereka dibatal atau digantung, kata Cik Kimberly Kirchmeyer, Timbalan Pengarah Lembaga Perubatan California.
Ia menetapkan seorang pakar perubatan tidak boleh menyediakan preskripsi ubat-ubatan atau dadah kepada sesiapa yang mempunyai masalah terlalu bergantung pada sesuatu bahan kimia atau mereka yang sering menggunakan dadah bukan untuk tujuan terapi. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment