Pages

Saturday, August 1, 2009

Berita Himpunan ISA

FRU dan SB membanjiri Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), `Speacil Branch' (SB) telah memenuhi ruang di Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

Bermula jam 9 pagi mendapati perkarangan Sogo sudah dipenuhi dengan anggota FRU dan SB yang sedang mendengar taklimat daripada Pegawai mereka.

Manakala jalan menuju ke Dataran Merdeka pula telah ditutup dan juga dipenuhi dengan anggota FRU dan SB. Lebih 10 trak FRU berada di tepi jalan Dataran Merdeka. Jalan menuju ke Masjid Negara melalui jalan Taman Perdana turut ditutup.

Bagaimana sehingga jam 9.45 pagi tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Masjid Negara. - Harakah

Polis mulakan tangkapan ke atas orang awam.

Harakahdaily dimaklumkan, tangkapan telah bermula sejak petang semalam. Menurut sumber, mana-mana orang awam yang dilihat memakai atau membawa identiti berkaitan himpunan telah ditahan oleh pihak polis.

Sementara itu, seorang aktivis dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Nor, 27, memaklumkan bahawa tangkapan juga sedang berlaku di Masjid Negara.

Ujarnya, beliau melihat pihak Unit Simpanan Persekutuan telah ada mengawal perkarangan masjid sejak sebelum subuh lagi. Walaubagaimanapun, sejak jam 7.30 pagi tadi pihak polis telah bertindak menangkap orang awam di sekitar masjid tersebut yang memakai identiti sebagai peserta himpunan. - Harakah


No comments:

Posting Terkini