LOS ANGELES: Jiran Michael Jackson di Neverland sepakat untuk membantah sebarang usaha membangunkan kediaman dan ladang milik raja pop itu sebagai destinasi pelancongan.
Jiran Michael yang menubuhkan satu jawatankuasa bertindak dikenali "Never" semalam mahu Lembah Santa Ynez itu terus kekal sebagai kawasan 'pedalaman' yang jauh daripada kerancakan pembangunan.
Jurucakap jawatankuasa berkenaan, Bob Field, berkata penduduk sekitar ladang dan kediaman Michael juga mahu sebarang usaha untuk menukar status tanah pertanian kepada komersial dihentikan.
Field berkata, kawasan itu tidak mempunyai kemudahan jalan raya yang baik, pasukan polis dan prasarana lain untuk menampung kebanjiran orang ramai dan pelancong sekiranya ia menjadi kawasan pelancongan.
Sementara itu, jurucakap Daerah Santa Barbara, Nicole Koon berkata pihaknya belum ada dihubungi mana-mana pihak mewakili keluarga Jackson atau pemilik bersama Neverland untuk menukar status tanah berkenaan. - AP
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment