Pages

Wednesday, September 9, 2009

Sekilas -Berita Dunia

Dijel dek pakai seluar panjang

KHARTOUM: Seorang wanita Sudan didapati bersalah atas tuduhan berpakaian tidak senonoh - dengan memakai seluar panjang.

Lubna Hussein dipenjara sebulan selepas enggan membayar denda AS$209 ($298).

Mantan wartawan itu terlepas daripada hukuman sebat 40 kali bagi kesalahan tersebut. -- Reuters.

China akan mula suntikan H1N1

BEIJING: China akan mula memberi suntikan vaksin Influenza A (H1N1) kepada rakyatnya dalam beberapa minggu ini.

Menteri Kesihatan, Encik Chen Zhu, berkata peserta perbarisan Hari Kebangsaan pada 1 Oktober kumpulan pertama yang akan disuntik.

Perbarisan itu dilaporkan melibatkan 200,000 orang, sebahagian besarnya askar dan pelajar. -- AP.

Ratusan kandas dek mogok pilot

MUMBAI: Mogok kilat sekitar 600 juruterbang syarikat penerbangan Jet Airways menyebabkan ratusan penumpang terkandas, semalam.

Sebelum itu kesatuan juruterbang menuntut dua juruterbang yang dipecat diambil bekerja semula.

Mogok itu akan diteruskan selagi pihak pengurusan tidak memenuhi tuntutan tersebut. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini