Pages

Tuesday, July 21, 2009

PM Jepun dijadual bubar Parlimen hari ini

TOKYO: Perdana Menteri, Taro Aso dijadual membubarkan Parlimen Jepun hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan hujung bulan depan selepas mendapat persetujuan rasmi kabinetnya.

"Saya sudah membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Takeo Kawamura memetik Aso sebagai berkata dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya awal hari ini.

Aso berkata, pembubaran itu dibuat bagi memastikan rakyat bersatu dan mendapat mandat terbaik kepada kerajaan untuk memerintah.

Maharaja Akihito dijangka akan memberi restu terhadap keputusan itu sebelum Parlimen dibubarkan lewat hari ini.

Keputusan mengadakan pilihan raya umum itu dibuat selepas tinjauan umum mendapati populariti Aso semakin menurun.

Pilihan raya umum itu dijangka diadakan pada 30 Ogos depan.

Aso dijangka mengadakan sidang akhbar jam 6 petang waktu tempatan (0900 GMT) mengenai keputusannya itu. - AFP

No comments:

Posting Terkini