Pages

Tuesday, July 21, 2009

Obama masih berhasrat melawat Indonesia

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama masih berhasrat melawat Jakarta pada penghujung tahun ini meskipun selepas dua kejadian letupan bom membabitkan dua hotel mewah di ibu negara Indonesia itu.

“Saya harap ia tidak akan ada perubahan hanya disebabkan dua kejadian letupan bom itu kerana ia hasrat Presiden sendiri untuk ke sana (Jakarta)," kata Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs, hari ini.

Obama menghabiskan masa beberapa tahun ketika zaman kanak-kanaknya tinggal di Jakarta antara 1967 hingga 1971 selepas ibunya berkahwin semula dengan seorang warga Indonesia.

Obama yang memberitahu pemberita bulan lalu berkata: "Oh, saya perlu pulang ke Indonesia dalam masa terdekat.

"Saya berharap akan berkunjung ke Asia antara tahun depan dan saya harap setiba di Asia, saya tidak dihalang untuk kembali semula ke kampung halaman lama saya di Jakarta."

“Saya mahu melawat Menteng Dalam dan mahu menikmati bakso dan nasi goreng.

"Beberapa makanan enak di sana yang menjadi kegemaran saya ketika kanak-kanak."

Gibbs berkata, jadual lawatan Obama akan dibincangkan di Rumah Putih, minggu ini.

Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Singapura, November ini dikatakan waktu terbaik kepada Obama untuk melakukan lawatan peribadi dan singgah di Indonesia. - AFP

No comments:

Posting Terkini