Pages

Monday, April 13, 2009

Samy Vellu Tidak Puas Hati.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam Kabinet baru akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu Khamis ini.

"Kami akan mendengar pandangan semua pemimpin sebelum keputusan diambil. Saya juga akan memohon mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Samy Vellu berkata demikian ketika mengulas laparan akhbar yang memetik sumber bahawa MIC sedang mengkaji cadangan menarik diri seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu dari Kabinet sebagai bantahan terhadap kekurangan kepentingan yang diberikan kepada masyarakat India di negara ini.

Laporan media itu juga menyebut MIC telah memohon portfolio kanan dalam Kabinet iaitu Kementerian Kerja Raya tetapi permintaan itu ditolak.

Berkaitan dengan perkara itu, Samy Vellu dipetik Bernama berkata, mereka tidak susah hati kerana ia merupakan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya berpendapat pada masa depan Perdana Menteri harus mempertimbangkan peruntukan portfolio kanan dalam Kabinet kepada MIC," katanya.

Mengulas dakwaan pelantikan jawatan Senator dan kedudukan dalam Kabinet kepada beliau, Samy Vellu berkata: "Pelantikan menteri merupakan hak Perdana Menteri."

No comments:

Posting Terkini