Pages

Friday, April 17, 2009

Pengasas gerakan anti Thaksin ditembak

BANGKOK: Lelaki bersenjata menembak kenderaan Sondhi Limthongkul, pengasas gerakan diraja yang membantu menumbangkan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, menyebabkan beliau dan dua lagi cedera.

"Sekurang-kurangnya dua penyerang mengekori kereta Sondhi, memintas dan melepaskan kira-kira 100 tembakan menggunakan senjata AK-47 and M-16.

"Beliau cedera di bahu tetapi keadaan tidak membahayakan," kata ketua polis tempatan, Kolonel King Kwaengwisatchaicharn.

Sondhi Limthongkul mengasaskan People's Alliance of Democracy (PAD) iaitu gerakan berpakaian serba kuning yang mengetuai bantahan sebelum Thaksin digulingkan pada 2006 dan mensasarkan perikatan Thaksin apabila mereka berada dalam kerajaan tahun lalu. - AFP

No comments:

Posting Terkini