Pages

Monday, April 6, 2009

Gempa bumi kuat gegar ibu kota Itali

ROME: Gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan kawasan di tengah-tengah Itali hari ini dan turut dirasai di ibu kota Rome, tetapi berita kehilangan nyawa masih belum dilaporkan.

Sesetengah penduduk di bandar l’Aquila, timur Rome iaitu di kawasan berbukit Abruzzo, bertempiaran lari ke jalan raya dan tiada laporan keretakan besar dilaporkan di setengah rumah.

Kaji selidik Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata pusat gempa bagi gempa bumi berkenaan, yang berlaku pada jam 3.35 pagi itu, dipercayai 85 kilometer utara timur Rome. Ia pada awalnya mencatatkan skala gempa pada 6.7 tetapi kemudian menurun kepada 6.3.

Gempa bumi boleh menyebabkan bahaya di sesetengah kawasan di Itali berikutan bangunan lama yang terdapat di negara itu yang ditinggalkan tanpa dibaiki. - Reuters

No comments:

Posting Terkini