Pages

Tuesday, April 14, 2009

Abdullah paling gembira BN kalah 2 Bukit?

Percayalah, bahawa orang yang paling 'bahagia' dengan kekalahan BN di dua Bukit ialah bekas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nikmatnya mungkin terasa dari tulang sum-sum hingga ke lubuk nurani yang paling dalam.

Setahun Abdullah dipersalahkan oleh bekas pemimpin, pemimpin serta ahli-ahli Umno terhadap prestasi teruk BN dalam pilihan raya umum ke-12. Peralihan kuasa yang dirancang telah didesak supaya dipercepatkan sehingga terpancul amarah dari mulut Abdullah terhadap Muhyiddin Yasin, "Apakah Muhyiddin tidak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri?"

Kemuncak segala penghinaan terhadap beliau tentulah apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti asobiyah Melayu itu hanya kerana tidak mahu berpresidenkan Abdullah.

Penganut Mahathirisme yang fanatik percaya apabila berundurnya Abdullah, maka kuatlah Umno dan BN. Mahathir diarak di dua Bukit bagai baru turun dari kayangan. Mereka percaya, pemulihan sokongan sudah berlaku. Pakatan Rakyat, kalau tidak hilang deposit pun, sekurang-kurangnya akan kalah teruk.

Nampaknya, apa yang diyakini mereka tidak berlaku. Pakatan Rakyat di dua Bukit menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding dulu!

Sehebat mana pun kesetiaan Abdullah terhadap Umno, namun lubuk nuraninya tidak dapat berbohong dari merasa gembira dengan keputusan yang mengesahkan bahawa teruknya BN bukankerana Abdullah. - Harakah

No comments:

Posting Terkini