Pages

Saturday, March 7, 2009

Tiada Tahta, Rakyat Lebih Terpelihara

Singapura sebuah negara kecil yang tidak mengamalkan sistem pentadbiran beraja. Singapura juga bukan negara pengeluar minyak. Singapura tidak mampu untuk menjadi negara pertanian. Tetapi Singapura telah berjaya membuktikan kepada dunia mereka jauh lebih maju daripada Malaysia yang mempunyai 9 orang raja dan beribu kerabat diraja (yang kononnya untuk kesejahteraan RAKYAT) yang menerima elaun bulanan tanpa diketahui apa sebenarnya sumbangan mereka kepada kesejahteraan RAKYAT.

Jumlah wang RAKYAT yang terpaksa digunakan untuk membayar semua elaun dan perbelanjaan berkaitan raja serta sedara mara (kerabat?) mereka mencecah ratusan juta ringgit setiap bulan. Perbelanjaan ini termasuklah perbelanjaan untuk tukang potong rumput istana, pengurusan istana, jamuan makan siang dan malam, pagi dan petang 'diraja' sehinggalah perbelanjaan menguruskan kereta mewah yang berpuluh buah serta wang yang hamburkan untuk raja-raja ini melancung bersama sesiapa yang mereka suka atas nama 'lawatan diraja'. Raja bertahta dan hidup mewah bergaya malangnya rakyat hidup susah merana.

Apa yang berlaku dinegara jiran yang kecil dan tidak beraja dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini adalah amat bertentangan dengan apa yang terpaksa dideritai oleh RAKYAT Malaysia. Kepincangan pentadbiran di Malaysia antaranya berpunca daripada sikap pemerintah dan penguasa serta golongan yang dilambangkan kononnya untuk kesejahteraan RAKYAT tetapi pada hakikatnya ramai diantara mereka yang lupa diri, rakus, ego, tamak dan rasuah.

Berita ini mungkin dapat membantu membuka serta membuat minda kita berfikir sejenak kenapa Singapura boleh meringankan bebanan rakyat mereka sedangkan Malaysia terus-terusan merakusi RAKYAT.

BIL ELEKTRIK DITURUNKAN LEBIH 21% APRIL-JUN

Singapura: PARA penduduk boleh terus menarik nafas lega ekoran bil elektrik yang akan diturunkan lebih 21 peratus bagi tempoh April hingga Jun ini.

SP Services dalam satu kenyataan semalam menyatakan penurunan itu dibuat ekoran harga minyak yang lebih rendah di pasaran.

Menurut syarikat itu, pihaknya akan memotong kadar tarif sebanyak 4.9 sen kepada 18.03 sen per sejam kilowatt (kWh).

Selepas mengambil kira tarif bagi kesemua kategori pelanggan, pengurangan tarif yang bakal dinikmati para pelanggan secara purata ialah sebanyak 21.72 peratus.

Ini bermakna pemotongan terbaru itu menjadikan kadar tarif tersebut yang terendah sejak April 2005.

Mengenai punca pengurangan tersebut, SP Services berkata bahawa sebab utamanya ialah harga minyak pembakar yang turun di pasaran.

'Pengurangan ini sebahagian besar disebabkan harga minyak yang lebih rendah,' tambah SP Services.

Selaras dengan formula tarif yang digunakan sekarang, harga minyak pembakar pasaran depan bagi Januari ialah $60.47 setong.

Ia digunakan bagi menetapkan kadar tarif yang baru bagi April hingga Jun.

Harga tersebut adalah satu pengurangan sebanyak 35 peratus berbanding harga minyak pembakar $92.99 setong yang digunakan untuk menetapkan kadar tarif yang dikenakan sekarang.

Tarif elektrik disemak setiap suku tahun dan disesuaikan berdasarkan pada harga minyak.

Perubahan pada kadar tarif telah pun diluluskan oleh penguasa industri iaitu Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

No comments:

Posting Terkini