Pages

Tuesday, March 3, 2009

RAKYAT PERAK DIPERDAGANGKAN

Sekitar bulan May tahun 2008 saya pernah menitipkan persoalan yang seiring nadanya dengan apa yang terjadi di negeri Perak sekarang ini. Samada secara lansung atau tidak, keterlibatan dan campurtangan Sultan Perak telah menyumbang kepada kecelaruan politik negeri itu.

Tolong, wahai sang perakus kuasa! jangan cepat menuding jari kepada RAKYAT yang menegur Raja atau Sultan. Sultan adalah manusia biasa di sisi ALLAH swt yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan alpa dalam menjalankan tugasnya. Dalam krisis perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang ini, silapnya Sultan kerana menerima nasihat daripada orang yang jelas rakus kepada kuasa dan hina dipandangan mata RAKYAT; Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin UMNO yang tinggi darjat aparatnya!!!

Kecelaruan yang berpanjangan ini tercetus lantaran lahapnya Datuk Seri Najib Razak merampas kuasa yang telah diamanahkan oleh RAKYAT kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir-urus Darul Ridzuan.

Sang Penguasa yang zalim, lahap dan celaru sifatnya telah menggunakan segala kesempatan dan jentera kerajaan demi mengekalkan kuasanya sekalipun RAKYAT teraniaya.

Sultan dilambangkan sebagai ‘Payung Kesejateraan’ RAKYAT. Saya akur dan saya hormati. Maka itu, mohon saya agar Sultan Perak merestukan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak bagi memberi laluan kepada RAKYAT untuk sekali lagi memilih dan menentukan gabungan parti politik manakah yang RAKYAT mahukan untuk menjadi pentadbir mereka.

Esok, tanggal 03.03.2009, wakil RAKYAT yang telah diamanahkan secara sah oleh RAKYAT bercadang untuk bersidang, malangnya penggunaan Dewan Undangan Negeri telah dinafikan oleh Setiausaha DUN. Walau apapun, saya amat yakin sidang tergempar tetap akan diadakan dan masih sah untuk diadakan bukan di bangunan Dewan Undangan Negeri. Berada di bangunan Dewan Undangan Negeri BUKAN prasyarat sah atau tidaknya sesuatu persidangan DUN.

Dalam waktu RAKYAT berada di”para” ketidaktentuan ini, ingin saya bertanya: Di manakah keprihatinan Sultan Perak terhadap permasalahan RAKYAT?

Sebagai rakyat sebuah negeri / negara yang mempunyai raja, terkadang timbul keinginan di lubuk hati saya untuk tahu di manakah agaknya sultan-sultan dan raja-raja Melayu berada semasa rakyat jelata berhempas pulas mempertahankan hak dan kedaulatan agama, bangsa dan negara?

Saya tidak mempersoalkan kedaulatan undang-undang dan taat setia kepada raja dan negara.

Sebagai pembayar berbagai jenis cukai yang mana sebahagian daripadanya digunakan sebagai bayaran gaji, berbagai jenis alaun, berbagai jenis kemudahan dan berbagai jenis bayaran lain kepada raja-raja, saya berhak untuk mengetahui di manakah Sultan dan Raja-Raja saya semasa agama, bangsa dan negara saya dalam keadaan yang memerlukan perhatian, pandangan dan bantuan mereka.

30 tahun yang lalu semasa saya masih di sekolah rendah, saya pernah bertanya kepada guru saya,

“Apakah kerja Sultan- Sultan kita?”.

Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat jawapan yang boleh saya beri markah 100% tepat.

Bukan kerana saya tidak mahu beri markah 100%, tetapi kerana saya sendiri masih samar-samar dan tertanya-tanya apakah sebenarnya kerja sultan-sultan dan raja-raja saya.

Kerja sultan dan raja-raja yang saya tahu kerana selalu terbaca diakhbar hanyalah ; Sultan so and so menang pertandingan golf persahabatan, Sultan so and so buat lawatan ke luar negara, Sultan so and so mencemar duli dengan mengadakan lawatan ke Pasar Tani, Sultan so and so berangkat ke luar negara untuk mendapat rawatan kerana selsema yang berpanjangan. Dan semua perbelanjaan itu, saya amat yakin dan pasti dibiayai melalui WANG RAKYAT!!!

Oleh yang demikian, saya terlalu hendak tahu di manakan Sultan dan Raja-Raja Melayu berada semasa saya dan rakyat Malaysia sibuk dan bimbang dengan segala jenis aktiviti pemimpin politik Melayu yang leka dan lalai serta asyik bercakaran sesama sendiri?

Kalau saya tidak dapat jawapannya, saya bimbang generasi saya akan datang TIDAK akan bertanya lagi soalan yang pernah saya tanyakan kepada guru saya 30 tahun lalu kerana pada itu telah TIADA LAGI SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU.

Jangan dicabul hak dan kedaulatan RAKYAT.

Kepada semua ADUN Pakatan Rakyat serta Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar, teruskan perjuangan kalian demi mempertahankan hak dan kedaulatan kalian serta RAKYAT Perak seluruhnya. Ketahuilah RAKYAT bersama kalian dan akan tetap memberi sokongan dengan iringan doa buat kalian.

Kepada Sultan Perak, bertindaklah dengan adil dan bijaksana agar prisip Raja Berlembagaan akan dapat dipertahankan.

Pegangan saya “Saya lebih menghormati para Ulama yang miskin daripada Sultan yang zalim”.

- RAJA ADALAH LAMBANG. RAKYAT ADALAH KEKUATAN -

1 comment:

Mrkolumpo said...

saya sokong anda 110%
TAKBIR

Posting Terkini