MILAN: AC Milan berusaha melanjutkan tempoh pinjaman pemain Los Angeles Galaxy, David Beckham, sehingga akhir Jun dengan harapan dapat mengambil pemain England itu secara kekal, kata ketua eksekutifnya, Adriano Galliani.
“Rundingan semakin hebat. Saya berharap dapat mengatur untuk beliau tinggal di sini sekurang-kurangnya sehingga 30 Jun sebagai pinjaman.
"Kemudian beliau boleh pulang ke Los Angeles dan datang semula pada Januari. Ia laluan yang rumit seperti mana yang kita maklum tetapi saya mencuba," katanya kepada saluran televisyen kelab itu.
Sementara itu, akhbar the Los Angeles Times melaporkan kedua-dua kelab hampir mencapai persetujuan untuk pelanjutan tempoh pinjaman yang sepatutnya dimuktamadkan hujung minggu ini.'
Beckham dijadual pulang ke Galaxy pada 9 Mac jika persetujuan tidak dicapai.
Kedua-dua kelab juga sedang berunding mengenai perpindahan kekal tetapi tidak mencapai persetujuan berhubung jumlah bayarannya. - Reuters
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment