Pages

Tuesday, March 3, 2009

Itali sertai perebutan Euro 2016

ROME: Itali akan membida untuk menganjurkan kejohanan Euro 2016 walaupun gagal menyaingi Poland dan Ukraine untuk penganjuran edisi 2012.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Giancarlo Abete, ketika mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat lembaga pengarah, berkata pihaknya akan mengutus surat kepada UEFA minggu ini untuk mengesahkan bidaan.

Calon penganjur untuk kejohanan Euro pertama yang akan membabitkan 24 pasukan mempunyai sehingga 9 Mac ini untuk menyatakan kepada UEFA hasrat untuk membida penganjuran kejohanan itu.

Jawatankuasa Eksekutif UEFA akan mengundi pada 27 Mei 2010 bagi menentukan penganjur edisi itu.

UEFA mensyaratkan negara tuan rumah memiliki sembilan stadium.

Saingan Itali pada masa ini ialah Perancis yang menjadi tuan rumah pada 1984 serta Norway dan Sweden yang membuat bidaan bersama. - AFP

No comments:

Posting Terkini