Pages

Monday, March 9, 2009

KETUA S/U dan PENGACARA TV BERKHALWAT

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia, Datuk Kamaruddin Siaraf, dan seorang pengacara televisyen RTM1, Zamzarina Zambri, membuat laporan polis secara berasingan kelmarin berhubung penyebaran berita mendakwa mereka berkhalwat.

Datuk Kamaruddin tiba di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira 3.30 petang dengan menaiki kereta dan ditemani seorang pengawal peribadinya.

Sebelum itu, kira-kira 2 petang, Zamzarina pergi seorang diri ke situ untuk membuat laporan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat ditemui wartawan selepas itu.

Datuk Kamaruddin ketika ditemui berkata laporan itu bertujuan meminta polis menyiasat berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya.

'Saya sudah cukup dimalukan oleh penyebar fitnah ini dan berharap polis segera menyiasat mereka ini,' kata beliau, sambil menambah hasil siasatan akan menentukan tindakan selanjutnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sebelum ini membidas seorang pemimpin pembangkang yang didakwanya menyalah guna kebebasan Dewan Rakyat untuk menyebar fitnah seorang pegawai tinggi kementerian ditangkap khalwat bersama seorang pengacara televisyen.

Beliau berkata berita itu fitnah kerana pegawai tersebut berada di London pada tarikh yang disebut pemimpin pembangkang itu.

Sambil menyelar ahli parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi Jelutong itu, Encik Jeff Ooi Chuan Aun, Datuk Ahmad Shabery, berkata beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan di luar Dewan berhubung perkara tersebut.

Encik Ooi, yang mencelah penggulungan itu meminta menteri berkenaan memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa seorang pegawai tinggi Kementerian Penerangan ditangkap dengan pengacara wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, mengesahkan telah menerima dua laporan itu. -- BHM, Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini