Pages

Friday, March 20, 2009

Gempa kuat 7.9 Richter landa Tonga

NUKU'ALOFA (Tonga): Gempa kuat berukuran 7.9 skala Richter melanda Tonga, di Selatan Pasifik pagi ini, sehingga amaran tsunami dikeluarkan.

Bagaimanapun laporan awal menyebut tiada kerosakan besar dikesan berlaku setakat pagi ini.

Gempa berlaku jam 7.17 pagi waktu tempatan (1817 GMT), berpusat di 210 kilometer di barat daya ibu negara Tonga, Nuku'alofa, menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa susulan 5.2 Richter juga dikesan berlaku di kawasan sama dua jam selepas gempa pertama.

Penduduk di Nuku'alofa berkata, setakat ini tiada tanda kerosakan besar berlaku atau risiko tsunami.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Tonga, Niue, Kepulauan Kermadec, Samoa dan Fiji, tetapi menariknya semula dua jam selepas gempa berlaku. - AFP

No comments:

Posting Terkini