Pages

Friday, February 20, 2009

SEKILAS - DUNIA dan MALAYSIAKINI

Mangsa nahas kopter selamat

LONDON: Sebuah helikopter membawa 18 orang menuju sebuah pelantar minyak terhempas di Laut Utara kelmarin, tetapi pasukan pengawal pantai dapat menyelamatkan semua mangsa terlibat.

Pesawat Super Puma yang membawa 16 penumpang dan dua kru itu terhempas sebelum tiba di pelantar kira-kira 200 kilometer ke timur Aberdeen, timur Scotland. -- AFP, Reuters.

Bantah kematian pemberita TV

PESHAWAR: Beratus pemberita menunjuk perasaan di barat laut Pakistan semalam mengutuk pembunuhan seorang pemberita televisyen yang membuat liputan satu misi damai oleh seorang ulama pro-Taleban.

Seorang lelaki bersenjata menembak mati Encik Musa Khan Khel, 28 tahun, wartawan Geo TV, Rabu lalu, dekat bandar Matta, di Lembah Swat.

Seorang rakannya, Encik Hamid Mir, memberitahu pemberita terdapat 32 luka bekas tembakan peluru pada mayat Encik Khel. -- AFP.

Mesyuarat di pusat peranginan

BANGKOK: Mesyuarat mingguan kabinet Thailand bagi minggu depan akan diadakan di pusat peranginan Hua Hin, di wilayah Prachuab Khirikhan.

Jurucakap kerajaan, Encik Suparak Khunha, berkata ia sebagai persiapan bagi sidang puncak Asean dari 27 Februari hingga 1 Mac ini. -- AFP.

JUMLAH PELANCONG MEROSOT 9.3 PERATUS

MALAYSIA semalam berkata ia meramalkan jumlah pelancong merosot 9.3 peratus kepada 20 juta tahun ini berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jumlah pelancong akan merosot berbanding 22.05 juta yang dicatat pada 2008 dan bagi mengimbangi kemerosotan itu, kementerian akan memberi lebih tumpuan terhadap pelancongan domestik.

Datuk Seri Azalina berkata beliau akan mengemukakan saranan kepada kementerian kewangan supaya memperuntukkan RM400 juta ($167 juta) bagi pakej rangsangan terhadap produk pelancongan di seluruh negara. -- Warta Kerajaan Rakyat

No comments:

Posting Terkini