Pages

Monday, January 26, 2009

RINGKAS DUNIA dan MALAYSIAKINI

Fatwa timbang isu merokok

PADANG PANJANG: Badan Islam utama Indonesia semalam berdebat untuk sama ada mengenakan hukuman haram ke atas tabiat merokok bagi masyarakat Islam atau mengenakan lebih banyak halangan bagi orang Islam menggunakan produk tembakau itu.

Sekumpulan 700 orang, termasuk ulama dan pakar agama Islam di Indonesia, yang secara rasminya sebuah negara sekular dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, berkumpul di Sumatera Barat dalam satu mesyuarat Suruhanjaya Fatwa Kebangsaan negara itu.

Ia dijangka mengeluarkan fatwa mengenai pelbagai isu yang merangkumi poligami hingga ke senaman yoga. -- Reuters.

Putera Harry, temanita berpisah

LONDON: Anak raja Britain, Putera Harry, yang menjadi individu ketiga dalam senarai takhta Istana Buckingham, telah berpisah dengan temanitanya selama lima tahun, Cik Chelsy Davy, kata laporan media Britain semalam.

Menurut stesen televisyen BBC dan agensi berita Press Association, putera berusia 24 tahun itu berpisah dengan Cik Davy, seorang mahasiswa undang-undang di Universiti Leeds, beberapa minggu selepas dilihat bercuti bersama di Mauritius.

Seorang jurucakap diraja enggan mengulas laporan itu, yang berkata bahawa perpisahan itu dilakukan secara berbaik-baik. -- AFP.

Turkey dakwa empat lagi pegawai

ANKARA (Turkey): Sebuah mahkamah Turkey semalam mendakwa lagi empat pegawai tentera berhubung satu komplot untuk menggulingkan pemerintah Islam negara itu.

Mahkamah antipengganasan Istanbul itu berkata para pegawai itu dipenjarakan semalam dan didakwa dengan tuduhan menjadi anggota sebuah rangkaian prosekular dan kebangsaan yang bernama Erge- nekon. Sebelum ini, puluhan pegawai tentera turut didakwa atas tuduhan sama.

Laporan-laporan media berkata sembilan pegawai polis turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan terlibat dalam komplot tersebut. -- AP.

Sasterawan Negara meninggal

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dr Muhammad Abdul Biang, atau lebih dikenali sebagai Arenawati, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, pada 1.40 pagi semalam akibat barah paru-paru.

Berusia 84 tahun, Allahyarham dilaporkan dirawat di HUKM sejak 20 September lalu.

Jenazahnya dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 12 tengah hari semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat zuhur. -- BMM.

Uji produk mentega kacang dari Amerika

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menguji semua produk mentega kacang dari Amerika Syarikat sebelum membenarkannya masuk ke negara itu berikutan penularan wabak salmonella di Amerika, kata laporan akhbar Sunday Star semalam.

Ratusan orang jatuh sakit di Amerika dan satu rantaian kedai biskut, Famous Amos, telah menarik balik salah satu daripada produknya daripada pasaran di sini kerana khuatirkan ia mungkin dicemari.

'Kami meningkatkan langkah berjaga-jaga ke paras lima di semua pelabuhan bagi memastikan kedatangan kumpulan (produk itu) bebas daripada pencemaran salmonella,' kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Liow Tiong Lai, kepada akbar itu. -- AFP.

Saran tambah kaum India dalam pasukan polis

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Dr S. Subramaniam, semalam berkata beliau akan mengetengahkan saranan mengenai perlunya ditambah jumlah kaum India dalam pasukan polis di semua peringkat.

Setiausaha Agung Kongres India Malaysia (MIC) itu berkata satu perwakilan lebih besar orang India dalam pasukan polis Malaysia akan membantu dalam usaha memerangi kadar jenayah yang semakin tinggi di kalangan belia masyarakat itu. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini