Pages

Tuesday, January 27, 2009

Melaka bakal pengeluar gaharu bermutu tinggi

MELAKA 27 Jan. - Melaka bakal menjadi pengeluar gaharu bermutu tinggi yang diperlukan dalam produk minyak wangi melalui projek usahasama penanaman pokok karas.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN), Datuk Zainal Hussin berkata, projek berkenaan yang melibatkan kos RM1.2 juta sedang diusahakan di kawasan seluas 68 hektar di sekitar Empangan Jus, Jasin.

Projek melibatkan usahasama UPEN, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu, dijangka mengeluarkan hasil pertama selepas lima tahun pokok karas ditanam, katanya kepada Bernama di sini.

Zainal berkata, projek tanaman pokok karas itu telah dimulakan pada Ogos tahun lepas, terdiri daripada spesies Aqualaria Malaccensis iaitu spesies yang ditemui di Melaka dan juga Aquilaria Crassna yang banyak terdapat di Thailand dan Kemboja. - Bernama


No comments:

Posting Terkini