Pages

Sunday, January 25, 2009

Kugan: Sembilan dipanggil beri keterangan

SEPANG 25 Jan. — Sembilan orang, termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini berhubung kematian tahanan A Kugan semasa dalam lokap polis.

Devamany yang tiba pada 4.15 petang diikuti oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan lima minit kemudian, meluangkan masa kira-kira sejam untuk memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Devamany berkata, beliau telah memberikan segala keterangan yang diperlukan, termasuk kejadian sebenar pada Selasa lepas.

“Saya ucap terima kasih kerana pegawai polis berkenaan bekerjasama dengan saya dan saya telah menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu. Saya puas hati dan gembira kerana telah menjalankan tanggungjawab saya,” katanya. - Bernama

No comments:

Posting Terkini