Pages

Wednesday, January 28, 2009

Ketua Puteri antara dua digantung keahlian

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri cawangan antara dua yang digantung keahlian Umno selepas didapati bersalah melanggar tata etika parti, antara lain terlibat dalam politik wang dan aduan palsu.

Mereka ialah Ketua Puteri Umno cawangan dalam Bahagian Batu, Nor Aisah Rajab yang didapati bersalah kerana membuat aduan palsu digantung selama enam tahun atau dua penggal pemilihan dan ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian Taiping, Muzamir Ismail digantung selama setahun selepas didapati bersalah menyebarkan maklumat berunsur fitnah yang diterbitkan melalui blog.

Manakala tiga lagi diberi amaran termasuk Setiusaha Bahagian Bukit Bintang, Mohd. Zailan Mokhtar yang terlibat dengan politik wang, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said kerana menghalang pihak-pihak tertentu menjalankan tanggungjawab serta memfitnah dan seorang lagi ahli biasa dalam Bahagian Langkawi, Shaidan Hashim kerana menjadi ejen dan pelobi bagi calaon-calon tertentu.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang mengumumkan perkara itu berkata hukuman tersebut berkuat-kuasa mulai 23 Januari lalu. - mstar

No comments:

Posting Terkini