Pages

Tuesday, January 20, 2009

Harga runcit petrol kekal - Shahrir

ALOR SETAR 20 Jan. - Kerajaan tidak bercadang menurunkan harga runcit petrol dan diesel dalam masa terdekat kerana harga minyak mentah dunia tidak banyak berubah dalam tempoh dua minggu lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan masih mengekalkan mekanisme mengkaji harga minyak mentah dunia setiap dua minggu sekali sebelum membuat perubahan harga. - Bernama


No comments:

Posting Terkini