Pages

Saturday, November 15, 2008

Karpal dilantik Pengerusi Kaukus kehakiman

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melantik Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh sebagai Pengerusi kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.

Perlantikan itu diumumkan sebulat suara selepas satu mesyuarat yang diadakan didewan taklimat disini yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut melantik tujuh jawatankuasa kaukus dari pembangkang. Mereka ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Wee Chee Keong (Wangsa Maju), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), M Kulasegaran (Ipoh Barat), Fong Po Kuan (Batu Gajah),Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkala Cepa) dan Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar).

Pada mesyuarat berkenaan juga, Ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat turut bersetuju untuk melantik Timbalan Pengerusi kaukus ini daripada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Semalam, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman akan ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai integriti badan kehakiman di negara ini

Anwar dalam kenyataanya semalam turut menjemput Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional walaubagaimanapun hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang hadir bagi mewakili BN.

Kaukus ini akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti langkah-langkah bagi memulihkan intergriti institusi kehakiman.

No comments:

Posting Terkini