Pages

Monday, November 17, 2008

Gempa Di Sulawesi : Satu Mati Ratusan Rumah Rosak

JAKARTA, 17 Nov -- Gempa berukuran 7.7 pada skala Richter di Gorontalo dan Sulawesi Utara tengah malam tadi diikuti tiga gempa susulan mengakibatkan seorang terbunuh dan ratusan rumah penduduk rosak.

Jurucakap Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia memberitahu Bernama bahawa gempa itu berpotensi menimbulkan tsunami tetapi setelah 90 minit ia tidak terjadi, peringatan yang dikeluarkan, telah ditarik balik.

Gempa susulan terjadi pada pukul 12.34 tengah malam diikuti pada 1.20 pagi dan pukul 5.33 pagi.

Gempa susulan terjadi pada pukul 12.34 tengah malam diikuti pada 1.20 pagi dan pukul 5.33 pagi.

Gempa itu berpusat di 138 kilometer di barat laut Gorontalo-Sulawesi Utara pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut agensi berita Antara dari Manado dan Gorontalo, pihak berkuasa di wilayah Sulawesi Utara dan Gorontalo masih mengumpulkan data sebenar kerosakan dan kecederaan.

Penduduk di kawasan yang terlibat dilaporkan masih takut untuk pulang ke rumah sejak melarikan diri ke kawasan tinggi ketika terjadi gempa pertama tengah malam tadi, terutama kerana air laut juga naik hingga ke jalan-jalan raya.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini