Pages

Tuesday, October 28, 2008

Hapus DEB - Propaganda Politik UMNO

KUALA LUMPUR,(SK) - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak yang ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara beransur-ansur hanyalah merupakan satu propaganda politik yang ingin dijadikan umpan untuk meraih sokongan bukan melayu.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali ketika diminta memberi pendapat terhadap kenyataan anak bekas Perdana Menteri kedua semasa dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan Jumaat lalu bahawa DEB mesti ditamatkan ’secara beransur-ansur’.

Calon tunggal Presiden Umno itu berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu dimana dilihat merealisasi ikrar yang digunakan oleh Pakatan Rakyat kerana ikrar tersebut mengakibatkan BN kalah teruk dalam sepanjang sejarah pilihanraya umum.

Azmin ditemui semasa menghadiran Rumah Terbuka Parlimen Bandar Tun Razak sempena hari raya dan Deepavalli hari ini di Bandar Tasik Pemaisuri, Cheras.

No comments:

Posting Terkini