mSTAR.PETALING JAYA: Dewan Rakyat yang akan kembali bersidang Isnin depan belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.
mStar Online difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.
"Tak ada apa-apa usul yang cuba dibawa setakat sekarang. Saya fikir ada usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, mungkin tak timbul lagi sekarang," kata sumber.
Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang.
Pada 18 September lalu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau selewat-lewatnya 23 September lalu.
Namun Abdullah berkata, sidang Parlimen tergempar itu tidak perlu diadakan seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment