Pages

Friday, October 3, 2008

Amaran ribut petir, hujan lebat berterusan

KUALA LUMPUR 3 Okt. — Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang berlaku di empat negeri dan Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga awal malam ini.

Empat negeri itu ialah Johor di daerah Kluang, Segamat, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi, di Selangor, di daerah Hulu Langat, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor, Perak di daerah Perak Tengah, Perak Utara, di Kedah di daerah Kulim, Baling, Bandar Baharu dan Sik serta Kuala Lumpur.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Pulau Pinang dan Pahang iaitu di Bera, Bentong, Raub, Rompin dan Pekan mulai lewat petang ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini.

—BERNAMA

No comments:

Posting Terkini