Pages

Thursday, September 25, 2008

Shahrizat umum pertahan jawatan Naib Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang dan meminta peringkat bahagian tidak mencalonkan beliau untuk bertanding ketua pergerakan itu.

``Saya menerima cadangan pelan peralihan kuasa oleh ketua saya (Tan Sri Rafidah Aziz) sebelum dan dengan ini menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan yang saya pegang sekarang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas Wanita UMNO di sini hari ini.- Utusan.


No comments:

Posting Terkini