Pages

Sunday, September 28, 2008

RINGKAS MALAYSIA

Kerajaan setuju 16 September Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Hari Malaysia lebih penting disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak. -- Utusan Malaysia.

Surat teguran diberi dua kali kepada LRT


SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan pernah memberi surat teguran sebanyak dua kali kepada syarikat pengendali Transit Aliran Ringan (LRT), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL) kerana masalah teknikal sebelum berlakunya insiden perlanggaran dua tren LRT pada Rabu lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, berkata surat teguran itu dikeluarkan bagi dua kejadian yang berpunca daripada masalah teknikal. -- BHM.

Arena Wati masuk hospital

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Muhammad Abdul Biang, atau lebih dikenali sebagai Arena Wati dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, sejak Sabtu lalu.

Anaknya, Encik Hasanuddin, berkata Arena Wati dibawa ke wad kecemasan hospital itu selepas hilang daya berjalan atau memegang objek pada 17 dan 18 September lalu tetapi dibenarkan pulang, sebelum dimasukkan semula ke wad pakar HUKM. -- BHM.

Tangan melecur termasuk ke kuali panas

KLUANG: Seorang kanak-kanak melecur dari hujung jari hingga siku selepas tangan kirinya termasuk ke dalam kuali panas ketika ibunya sedang menggoreng muruku di Taman Reka Mas, Simpang Renggam, Ahad lalu.

Dalam kejadian sekitar 10 pagi itu, Mohamad Nasrullah Rozali, tiga tahun, anak bongsu lima beradik bermain berdekatan ibunya yang sibuk membuat muruku, tiba-tiba tergelincir dan tangan kirinya masuk ke dalam minyak mendidih. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini