Pages

Thursday, September 25, 2008

RINGKAS MALAYSIA

Rais sokong dua jawatan dipertanding

WASHINGTON: Sudah tiba masanya bagi dua jawatan tertinggi dalam Umno dipertandingkan untuk memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti, kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini kelmarin

Dua jawatan tertinggi parti tidak dibenarkan dipertandingkan selepas persaingan yang meninggalkan kesan mendalam pada 1987 antara penyandang presiden Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyaksikan parti berpecah. -- Bernama.

Petisyen cabar kemenangan DAP digugur

KUCHING: Mahkamah Pilihan Raya semalam menggugurkan dengan kos petisyen yang mencabar kemenangan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Encik Chong Chieng Jeng, bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Clement Skinner selepas proses perbicaraan yang berlangsung selama 25 hari. -- Utusan Malaysia.

BPR terima laporan cubaan sogok AP

KANGAR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) kelmarin mengesahkan menerima laporan berhubung cubaan menyogok wakil rakyat, termasuk memberi rasuah bagi tujuan lompat parti.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata ia bukan saja membabitkan cubaan menyogok wakil rakyat di sekitar Sabah seperti yang diuar-uarkan malah turut membabitkan wakil rakyat dari Semenanjung. -- BHM.

Harga minyak diturunkan lagi 10 sen

KUALA LUMPUR: Harga minyak di Malaysia akan diturunkan lagi sebanyak 10 sen ($0.04) kepada RM2.45 seliter selepas pengurangan 15 sen bulan lalu, lapor laman akhbar New Straits Times (NST) semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau berharap harga petrol dan diesel dapat dikurangkan susulan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras kira-kira AS$100 ($141) setong.

No comments:

Posting Terkini