Pages

Monday, September 29, 2008

Mukhriz: Perlu bersedia sekiranya Abdullah mempertahankan jawatan



Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir berkata ada kemungkinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian yang akan bermula 9 Oktober 2008 ini. Ini mungkin berlaku walaupun MT UMNO pada mesyuarat tergempar Jumaat 26 September 2008 menerima cadangan ‘Plan Peralihan Kuasa’ dibawa kehadapan. Olehdemikian, beliau mengesa ahli UMNO peringkat akar umbi untuk melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menentukan hasrat ini digagalkan, sesuai dengan aspirasi majoriti akar umbi.

Beliau membuat penjelasan demikian dalam sidang media semasa majlis Buka Puasa Bersama Media yang dianjurkan di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur petang ini.

Mukhriz merupakan pemimpin UMNO pertama yang mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk meletakan jawatan dan berundur, setelah UMNO dan BN mengalami prestasi buruk dan kekalahan di 5 + 1 negeri masa Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan UMNO kemudianya gagal meletakan Menteri Besar pilihan di dua buah negeri. Beliau juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyerahkan kuasa kepada TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, satu gesan konsisten semenjak surat bertarikh 12 Mac 2008 itu.

“PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar berundur dan mengelakan agar UMNO mendapat malu sekiranya beliau terus juga untuk mempertahankan jawatan tetapi akan dikalahkan. UMNO tidak pernah menyaksikan seorang Presiden dikalahkan” dan bersetuju proses demokrasi perlu ujud tetapi dengan keadaan yang tidak mengaibkan parti.

Beliau masih lagi konsisten dengan gesaan dan saranan itu dan malam ini, memilih TPM Najib sebagai calon paling layak menduduki Presiden UMNO. Apabila ditanya mengenai saranan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad agar diujudkan “Majlis Penasihat Presiden” (Council of Elders), beliau menegaskan TPM Najib wajar melaksanakan cadangan ini kerana “Dalam empat tahun ini, banyak boleh dipelajari dan sepatutnya dielakan. Saya yakin sekiranya TPM Najib diangkat sebagai Presiden UMNO, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya” dan menambah “TPM Najib beri tumpuan kepada penelitian”.

Mengulas kenyataan calon Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa ‘beliau dihalang untuk bertemu Perwakilan’, Mukhriz menjelaskan bahawa sebenarnya beliua sendiri menghadapi masalah yang sama dan telah membuat kenyataan mengenai isu itu beberapa hari sebelum itu. Malangnya, kenyataan beliau tidak disiarkan media.

No comments:

Posting Terkini