Pages

Saturday, September 27, 2008

Mayat lelaki ditemui di tanah perkuburan Kristian

IPOH 27 Sept. — Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dengan keadaan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat dengan dawai dan pita ditemui di tanah perkuburan Kristian di Jalan Tambun di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh II Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, mayat lelaki yang hanya berseluar pendek itu ditemui pada pukul 11 pagi oleh seorang pemotong rumput yang memaklumkannya kepada polis.

“Anggota polis yang berkejar ke tempat kejadian menemui mayat lelaki itu terlentang dengan mukanya mengalami kecederaan dipercayai dipukul manakala kedua-dua tangan dan kakinya diikat dengan dawai dan pita”, katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah meninggal dunia sebelum dicampakkan di kawasan perkuburan itu, katanya. Tiada pengenalan diri ditemui pada lelaki itu.

Katanya mayat lelaki berketurunan India dan berumur dalam lingkungan 30-an itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Beliau meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga atau waris supaya datang ke hospital untuk mengenal pasti identiti lelaki itu, katanya.

— BERNAMA

No comments:

Posting Terkini