Pages

Wednesday, September 24, 2008

Keputusan pindah kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi 7 Oktober

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Mahkamah Sesyen di sini akan membuat keputusan pada 7 Oktober ini untuk menentukan sama ada perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan lanjut dan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap bantahan peguam bela mewakili Anwar.

Komathy berkata, beliau memerlukan masa dua minggu bagi meneliti permohonan pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. - Utusan.

No comments:

Posting Terkini