Pages

Monday, October 24, 2011

Penyenggaraan sekolah agama Sabah tidak memuaskan


PETALING JAYA: Laporan audit negara 2010 mendapati berlaku beberapa kelemahan penyenggaraan Jabatan  Hal Ehwal Agama Islam Neger Sabah (Jheans) dan menguruskan sekolah agama di negeri itu.
Jheans menguruskan lima sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan 106 sekolah agama negeri (SAN).
Bagi tempoh 2008 hingga 2010, jabatan itu menerima peruntukan RM48.61 juta untuk penyenggaraan dan RM40.69 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober tahun lalu terhadap tiga SMAN dan 10 SAN terpilih mendapati  ia tidak memuaskan.

Ia termasuk  peralatan dan perabut  yang tidak dibekal dan dilaksanakan mengikut spesifikasi serta kos yang tidak munasabah.
DI SMAN Pantai Manis, Papar, penyenggaraan flat guru, asrama perempuan dan rumah pengetua  tidak dilaksanakan.
Manakala  SMAN Kunak, penyenggaraan pelajar asrama lelaki dan perempuan tidak dibuat, bagi SMAN Tambunan membabitkan asrama pelajar perempuan.
Harga tidak munasabah
Bagi SAN Benoni di Papar dan SAN Menipir (Keningau), pembekalan peralatan dan perabut tidak mengikut spesifikasi dan kos RM6, 060 bagi 60 kerusi tidak munasabah.
Berikutan itu, bahagian audit mengesyorkan supaya Jheans membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuai atau terlibat dengan unsur penyelewengan.
Jheans juga disyor supaya menyenarai hitam kontraktor yang gagal membuat kerja mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan.
“Menjalankan pemeriksaan fizikal sekolah secara berkala supaya sebarang kerosakan dapat dibaiki segera bagi mengelak bertambah serius dan  kos meningkat.
“Memantau dan memastikan kerja-kerja penyenggaraan oleh kontraktor dijalankan dengan sempurna mengikut kontrak sebelum pembayaran dibuat,” kata laporan itu.
Lapuran audit juga mengesyorkan Jheans melaksanakan kajian pasaran bagi mendapatkan nilai wang sebelum membuat perolehan dan menyemak penilaian kadar harga sebelum pembekalan adalah setimpal dengan jumlah yang dibayar.

No comments:

Posting Terkini