Pages

Saturday, June 23, 2012

Azmin nafi bergeser dengan MB Selangor

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan beliau bergeser dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan menyifatkan dakwaan berkaitan sebagai "fitnah jahat".

Sebaliknya, kata anggota parlimen Gombak itu, beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Khalid yang menurutnya dilihat menunjukkan prestasi baik.

"Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat. Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri," katanya di Kota Bharu semalam, laporSinar Harian.

Azmin sebaliknya dilapor mendakwa isu itu sengaja dimainkan Umno yang disifatkannya terdesak kerana cuba melagakannya dengan Abdul Khalid menerusi akhbar sejak empat tahun lalu.

"Umno cuba dan mereka gagal sehingga kini dan saya ucapkan good luck (selamat berjaya) kepada mereka," katanya.

Azmin sebelum ini dikaitkan dengan desakan supaya setiausaha politik kepada Khalid - Faekah Husin - disingkirkan daripada pejabat menteri besar.

Situasi yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu bermula dengan kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkrdi Twitter itu memaksa PRK Selangor menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.



January lalu, Kerajaan Rakyat menerima Malvina, pelajar Perancis berusia 16 tahun sebagai anak angkat saya. Sejak dari tarikh itu, Malvina tinggal bersama kami sebagai satu keluarga. Walaupun Malvina seorang pelajar ...
Sultan Johor Wajib Baca!!! 
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli buat tuduhan silap terhadap Datuk Seri Najib 
Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezaliman Sultan Johor 

No comments:

Posting Terkini