(Oleh: Nabiha Hamid)
KUALA LUMPUR 24 Oktober : Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang meminta isu penggantungan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dibincangkan di parlimen.
KUALA LUMPUR 24 Oktober : Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang meminta isu penggantungan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dibincangkan di parlimen.
Speaker, Tan Sri Pandika Amin Mulia, telah menolak usul berkenaan di bawah peraturan mesyuarat 18(2), dengan alasan perkara itu tidak perlu disegerakan.
Menurut Salahuddin, beliau membawa usul berhubung penggantungan Aziz itu pada Jumaat lalu kerana menganggap ia adalah penting.
“Isu ini telah dijadikan modal politik dan akhirnya beliau (Aziz) telah menjadi mangsa sehingga digantung tugas,” kata Salahuddin.
Katanya, ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan meneruskan pembelaan terhadap Aziz dalam sesi perbahasan Belanjawan 2012 peringkat jawatankuasa, sejurus parlimen bersidang selepas cuti Deepavali.
“(Penggantungan) ini tidak adil bagi Aziz Bari kerana (beliau) hanya mengatakan pandangan dari sudut perlembagaan yang jelas menyatakan tugas dan peranan raja-raja melayu yang disebut sebagai raja berpelembagaan,” tegasnya.
Sementara itu Salahuddin turut mempertikaikan tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan itu dari tugasnya sebagai pensyarah tanpa memberinya peluang membela diri.
“Jika pandangan itu dianggap kurang ajar atau menderhaka, saya itu fikir itu pandangan naif. Ini kerana ada pemimpin tertinggi negara yang pernah keluarkan kenyataan yang lebih jelik” sindir beliau.
Katanya, Pakatan tidak mempertahankan Aziz Bari atas sifatnya yang dilihat ‘pro pembangkang’, tetapi kerana integritinya sebagai seorang pakar perundangan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment