Pages

Thursday, September 6, 2012

Mat Sabu, Maria Chin turut dipanggil polis isu Janji Demokrasi


KUALA LUMPUR 6 September – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-55.
Menurut Setiausaha Politiknya, Tajuddin Jawwad, polis datang ke rumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu pada jam 4.00 petang semalam.
“Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada di rumah, mereka hanya dapat menemui isterinya.
“Polis menyerahkan notis kepada isteri beliau yang meminta Mta Sabu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” kata Tajuddin dipetik.
Gabungan Janji disertai 47 NGO yang menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam Khamis lalu di Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan Malaysia menunaikan segala janji untuk mereformasikan pilihan raya.

Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning.
Semalam, polis telah memanggil Saterawan Negara, Datuk A Samad Said kerana membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang merdeka tersebut.
Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan tersebut.
Empower dalam kenyataan berkata, Maria akan bersama-sama Pak Samad untuk melaporkan diri hari ini di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang dengan ditemani peguam.
Manakala Mat Sabu pula akan ke IPD Dang Wangi pada Ahad ini pada sebelah petang.
Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mat Sabu menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi.

No comments:

Posting Terkini