PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Barisan Nasional (BN) tetap berpeluang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil bulan depan.
"Peluang mungkin 50-50 tapi itu tidak penting, yang penting kena bertanding," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya ke-12, di sini Ahad.
Katanya terpulang kepada BN untuk memilih calon yang layak.
Beliau ditanya sama ada BN perlu meletak calon yang berpengalaman dalam pilihan raya kecil itu memandangkan akan berdepan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.
Mohd Zaid mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil itu di Kajang hari ini.
Anwar pula mengumumkan pencalonannya sehari selepas kerusi itu dikosongkan oleh Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dengan penamaan calon 11 Mac. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment