Pages

Friday, August 13, 2010

Wanita pisau cukur di Facebook

KUALA LUMPUR: Usianya baru 25 tahun, tetapi wanita licik itu sudah memperdayakan lelaki yang dikenalinya melalui Internet dengan merelakan dirinya ditiduri kenalannya itu sebelum mendesak lelaki tersebut agar berkahwin dengannya selepas mendakwa dirinya hamil.

Hanya setelah beberapa bulan berkahwin, perempuan tersebut menghilangkan diri selepas mengikis duit 'suaminya' itu.

Malah, sepanjang beberapa tahun lalu, 'wanita pisau cukur' itu sudah berkahwin dengan enam lelaki dan melarikan wang lebih RM500,000 ($214,650).

Sumber polis berkata penipuan wanita itu terbongkar apabila suami terbarunya mengesan kegiatannya dan membawa isterinya itu ke Balai Polis Cheras, di sini, untuk ditahan Jumaat lalu.

'Mangsa terbarunya dikenali sebagai Chung, 30-an tahun, memberitahu polis beliau mengenali wanita itu melalui laman Facebook di Internet pada April lalu.

'Hasil perkenalan singkat itu, wanita terbabit mengajak mangsa keluar sebelum merayu mengikut teman lelaki barunya itu pulang ke rumah dengan alasan untuk menggunakan komputer. Ketika di rumah mangsa, dia menggoda dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks,' kata sumber itu.

Menurutnya, beberapa minggu kemudian wanita itu berlakon kononnya dia hamil dan mengugut mangsa supaya mengahwininya.

Selepas selesai majlis perkahwinan, wanita itu akan memberitahu suaminya mengenai peluang perniagaan yang kononnya bakal memberi keuntungan besar dan memujuk suaminya itu memberi wang, termasuk kutipan daripada anggota keluarga, berjumlah RM300,000.

Siasatan awal polis mendapati wanita itu mempunyai empat anak, namun setiap kali dia cuba menjerat mangsanya, dia mendakwa belum pernah berkahwin dan tiada anak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah, ketika dihubungi berkata suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut.


No comments:

Posting Terkini