KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata hukuman terhadap samseng jalanan dan mat rempit belum cukup menggerunkan untuk mencegah mereka daripada terus melakukan jenayah samseng.
Beliau berkata, negara perlu mempunyai undang-undang yang lebih berat sehingga mereka yang terbabit takut untuk melakukan jenayah itu.
"Samseng jalanan ke mat rempit...isu itu sekarang menjadikan nyawa manusia sekarang ini sudah murah hanya kerana harta.
"Kita perlu buat undang-undang yang menggerunkan supaya mereka rasa takut untuk buat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Polis supaya istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan dan kesalahan itu dikenakan hukuman berat termasuk penjara mandatori.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof semalam, berkata gelaran samseng jalanan lebih sesuai digunakan kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan mat rempit mengancam nyawa orang lain.
Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri akan melancarkan kempen di kalangan belia untuk bertani sebagai langkah menambah pengeluaran bekalan makanan negara.
Bertemakan "Bertani adalah ibadah", beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 untuk kempen itu. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment