Pages

Monday, January 19, 2009

Pakatan Rakyat tubuh Majlis MB, KM

ALOR SETAR: Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini