Pages

Friday, December 12, 2008

SEKILAS - DUNIA

Rundingan nuklear buntu

BEIJING: Rundingan nuklear enam negara mengalami kebuntuan semalam selepas Korea Utara enggan menerima draf perjanjian yang dilakar China bagi mengesahkan pelupusan senjata nuklearnya.

Hambatan utama ialah keengganan Pyongyang membenarkan merinyu antarabangsa mengambil sampel daripada kompleks nuklear di Yongbyon. -- AP, AFP.

Turun di Yaman untuk elak lanun

HODEIDA (Yaman): Sebuah kapal pesiaran, M/S Columbus, menurunkan 420 penumpang di pelabuhan Hodeida di Yaman bagi mengelakkan serangan lanun Somalia yang berleluasa di Teluk Aden.

Ada penumpang yang menyewa pesawat khas ke Dubai, manakala yang lain melawat ibu kota Yaman sebelum terbang ke sana, kata Encik Mohammed Abdel- Moghni, ketua agensi pelancong yang membawa mereka. -- AP.

Polis Afghanistan disangka Taleban

KABUL: Askar komando Amerika Syarikat menembak mati enam pegawai polis Afghanistan dan mencederakan 13 yang lain dalam satu serbuan ke atas kubu kuat seorang panglima Taleban.

Insiden berlaku apabila askar Amerika yang melancarkan operasi di bandar Qalat, di wilayah Zabol, berdepan dengan sekumpulan polis yang mereka sangka gerila Taleban, kata ketua polis wilayah, Jeneral Mohammad Yacoub Zabuli.

'Pasukan Bersekutu kesal dengan insiden tersalah tembak itu,' kata jurucakap tentera Amerika, Kolonel Jerry O'Hara. -- AP.

No comments:

Posting Terkini