Singapura-- KINI, sampah pula kini digunakan untuk menyeludup rokok yang tidak dibayar cukai.
Namun, helah terbaru penyeludup itu tetap dapat dikesan pegawai penguatkuasa.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan berkata ia telah mematahkan percubaan menyeludup rokok dalam produk sampah dengan rampasan 3,597 karton rokok tidak dibayar cukai di Kompleks Kargo, Pusat Pemeriksaan Tuas, Selasa lalu.
Menurut ICA, pemandu treler berdaftar di Malaysia yang membawa produk sampah itu mengisytiharkan dia membawa 24 palet kertas sampah untuk dihantar ke kilang di Tuas.
Namun kelakuannya yang mencurigakan menyebabkan pegawai ICA mengarahkan muatan treler itu menjalani imbasan radiografi.
Pemeriksaan tersebut mendedahkan helah menggunakan kertas-kertas sampah itu untuk menyembunyikan rokok dan pemandu treler itu ditangkap.
Cukai kastam dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi rokok-rokok itu masing-masing berjumlah $279,000 dan $24,000.
Kes pemandu itu telah dirujuk kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment