Pages

Monday, February 16, 2009

"Saya mangsa gambar separuh bogel"

PETALING JAYA: "Saya mangsa dalam kejadian ini." Demikian kenyataan Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Selangor, yang gambar berkeadaan bogelnya kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

Dalam kenyataan satu muka, yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjang itu berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata beliau, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang sedang mencuba untuk menyebarkan foto atau video yang menunjukkan saya sedang tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam keadaan intim.

"Penyebaran dan penerbitan foto-foto atau video sedemikian merupakan serangan bersifat jahat ke atas personaliti saya.

"Saya adalah mangsa dalam kejadian ini," kata wakil rakyat berusia 37 itu, yang masih belum berumah tangga dalam kenyataan berkenaan.

Kata Elizabeth, semalam beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

"Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka.

"Oleh itu, saya tidak akan membuat spekulasi secara terbuka mereka yang bertanggungjawab bagi pencerobohan privasi saya," katanya.

Pengerusi Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor itu menambah, buat masa sekarang beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor.

"Saya menerima banyak sokongan datripada penyokong, rakan, sahabat dan penduduk di bahagian saya.

"Saya ingin mengucapkan terimas kasih kepada keprihatinan, sokongan dan galakkan mereka.

"Anggota keluarga saya di belakang saya. Saya merayu kepada media agar memberikan ruang kepada saya dan anggota keluarga saya dalam menghadapi cabaran besar ini," katanya.

No comments:

Posting Terkini