PETALING JAYA: Mydin Mohamed Holdings Bhd yang menguruskan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) hari menjelaskan pihaknya tidak tahu mengenai dakwaan menerima peruntukan RM1 bilion dari kerajaan.
Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin dalam satu surat kepada FMT semalam.
Beliau menjawab laporan yang disiarkan oleh laman web tersebut yang mengatakan syarikat pasar raya gergasi itu menerima peruntukan RM1 bilion dari kerajaan untuk KR1M.
Menurutnya, KR1M merupakan sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana Mydin selaku mentor dan pembekal yang mengeluarkan modal sendiri.
“KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar.
Konsep pasar mini
“Kewujudan KR1M yang berkonsepkan pasar mini bukan sahaja membantu golongan berpendapatan rendah juga membantu pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan untuk mengeluar dan membekalkan produk 1Malaysia kepada kedai KR1M,” katanya.
Kedai KR1M yang pertama telah dibuka di LRT Kelana Jaya telah dirasmikan perdana menteri pada 22 Jun lalu.
Menurut Ameer Ali, dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat margin bukan keutamaan memandangkan perlu mengekalkan harga yang rendah untuk memastikan golongan sasaran dapat membeli barangan berkualti sepanjang masa.
“Bagi memastikan aspirasi PM dapat dikembangkan ke bandar utama lain, kami mengalu-alukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat tempatan membuka lebih banyak KR1M di bawah CSR masing-masing,” tambahnya.
1 comment:
Konsep kedai ni sebenarnya adalah salah satu cawangan mydin. Jenama mydin tu diubah kepada jenama 1malaysia. Memanglah harganya murah sebab mydin beli barang dia secara pukal dan jual harga borong. Barang kedai 1malaysia= barang mydin. Orang pantai timur lebih popular dengan barang/kedai mydin. terkejut bila orang kl kata barang kedai 1malaysia murah sebab mereka tak biasa beli kedai mydin. orang kl tertipu......
Post a Comment