Pages

Friday, August 5, 2011

PBB, pertubuhan pertahanan AS antara sasaran penggodam


SASARAN SERANGAN SIBER: Gambar diambil pada 24 September tahun lalu ini menunjukkan para pengamat Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika sedang menjalankan tugas mereka di Pusat Keselamatan Siber dan Integrasi Perhubungan Kebangsaan (NCCIC) di Arlington, di luar Washington, yang mungkin menjadi salah satu sasaran serangan siber paling besar. -- Foto REUTERS
WASHINGTON: Lebih 70 pertubuhan, termasuk Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan-kumpulan utama pertahanan Amerika Syarikat, telah menjadi sasaran satu usaha risikan global, menurut sebuah firma keselamatan siber, McAfee.


Para pengamat keselamatan pula menuding jari ke arah China sebagai dalang di sebalik kegiatan itu, menurut satu laporan akhbar The Washington Post, semalam.

Sasaran bagi pencerobohan-pencerobohan itu - yang dikenal pasti melalui sistem log komputer yang dikesan daripada sebuah server tunggal - termasuk rangkaian sekretariat PBB, sebuah makmal Jabatan Tenaga Amerika dan beberapa dozen firma pertahanan Amerika, kata satu laporan McAfee yang dijadualkan dikeluarkan semalam, menurut laporan akhbar tersebut.

Kegiatan merisik itu nampaknya telah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Laporan tersebut mengenal pasti kesemuanya 72 pertubuhan yang telah digodam, dengan 49 daripada jumlah itu berada di Amerika, kata The Washington Post.

Para penggodamnya, menurut satu laporan McAfee, antara lain cuba mendapatkan data-data sensitif mengenai sistem ketenteraan dan perhubungan satelit Amerika.

Pakar-pakar keselamatan siber memberitahu The Washington Post bahawa China berkemungkinan besar menjadi dalang di sebalik pencerobohan itu, kerana kebanyakan daripada sasaran penggodam yang disenaraikan McAfee memberi tekanan terhadap pertubuhan yang dikaitkan dengan Taiwan dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dalam bulan-bulan menjelang Sukan Olimpik di Beijing pada 2008.

Bagaimanapun, McAfee tidak secara terbuka menyalahkan Beijing. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini