Pages

Saturday, June 11, 2011

Menteri Somalia maut diserang pengebom berani mati

MOGADISHU 11 Jun – Menteri Dalam Negeri, Abdi Shakur Sheikh Hassan terkorban selepas menjadi sasaran serangan pengebom berani mati di rumahnya, semalam.

Menurut jurucakap pasukan pengaman Misi Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom), Paddy Ankunda, Abdi Shakur meninggal dunia di hospital selepas mengalami cedera parah akibat serangan tersebut.

"Kami mengutuk perbuatan keji tersebut dan akan mengambil tindakan,” katanya. – Reuters

No comments:

Posting Terkini